Followers

Friday, May 13, 2011

SELAMAT HARI IBU ! I LOVE YOU.

                 


 Saya rasa tidak adil sekiranya tidak membuat satu entry khas untuk ibu saya sempena HARI IBU pada 8hb MEI 2011.Disebabkan,saya tidak mempunyai waktu yang cukup untuk duduk di depan lappy sambil menggodek gambar-gambar ibu.Ini gara-gara saya sekarang tengah menhadapi peperiksaan akhir semester ini.Walaupun dah terlambat,bagi saya ia tidak menjadi isu besar kerana setiap hari kan ialah hari ibu.Yeay!i love my mom very much!
 
Ibu saya seorang yang tabah,baik,very sporting dan sangat aktif.Walaupun sometime ,agak garang sikit,but that is normal right?semua ibu pun mahu yang terbaik untuk anak-anak dia.I called my mom 'Emak'.I really love her.Sekarang umur emak dah 43 tahun.Kalau dulu emak pon macam saya free hair.Kalau keluar dengan emak,mesti orang ingat keluar dengan kakak.Sampai ade orang nak mengorat .Saya pulak yang menyampuk "Hey,this is my mom la!"


Emak baik sangat.Dia akan support setiap apa yang saya ingin lakukan.Kalau dulu,dia yang akan uruskan setiap competition yang saya join.Singing competition,drawing competition,even sekarang pun kalau saya nak masuk apa-apa event dia sentiasa ada bersama saya.Tapi saya tak banyak kerenah pun.HEWHWEW.


Oh.Lupa pula.My mom's name is Norzaliza Binti Jaafar.She was born on 19 th February 1968.Kalau dulu saya langsung tak boleh berenggang dengan ibu saya.Setiap saat setiap detip saya selalu rindukan dia.Tapi bila saya dihantar dan belajar dekat sekolah yang memerlukan semua pelajar tinggal di asrama walaupun rumah ade depan mata,barulah saya menjadi biasa untuk tinggal berjauhan dengan keluarga.Sedih siot first time duduk asrama,hari-hari tidur bergenang air mata.HAHA!


Saya suka sangat masakan emak.Sekarang dah belajar kat universiti,bila balik rumah mesti rindu nak rasa masakan emak.Tapi keadaan dah terbalik pulak.Emak yang nak rasa masakan saya.Sampai kadang-kadang kami bertengkar manja gitewww,masing-masing nak suruh masak.Last-last emak jugalah yang mengalah.Masak jugak untuk saya.Eh untuk kami sekeluarga.


Dulu,kami dua beradik je.Saya dan kakak saya Nadia.Saya ni agak nakal sikit.Selalu jugak kena marah dengan emak.Saya pun pelik kenapa saya asyik kena marah.Sebab nakal sangat ke.Saya ingat lagi saya pernah kena kunci pintu dari luar,emak tak bagi masuk rumah sebab saya balik rumah lambat.Rasanya time tu,saya pergi tengok cerita ikan duyung kot kat rumah member.Pergh.Nangis macam orang gila pon,emak saya tak peduli dah.Last-last kakak saya kot yang bukak kan pintu.Itu pon maybe abah or emak yang suruh.Kadang-kadang ada jugak saya terfikir,apesal lah emak selalu marah saya.Saya pernah tulis nota. "Kenapa emak selalu marah dikpon[panggilan kat rumah].Emak dah tak sayang Dikpon ke?.Tapi rasanya emak dah tak ingat kot.Sebab nota tu kakak yang jumpa.HEHE.semua tinggal kenangan jek.Sebab emak pun dah tak segarang dulu.Setiap ibu itu garang kerana mahukan anak dia yang terbaik.




I REALLY LOVE YOU MOM.
HAPPY MOTHER'S DAY!




 P/S:GAMBAR SIKIT SEBAB INTERNET 'LAJU' SANGAT.

No comments:

Post a Comment

Pages