Di keheningan pagi,pada 27hb November 2010,terduduknya seorang perempuan di kerusi nombor tiga dari hadapan untuk menjawab peperiksaan akhir Financial Accounting & Reporting.Okay.lepas siap-siap tulis nama semua.pelajar diminta tunggu sebelum dibenarkan untuk menjawab.Dalam hati"agaknya soalan apa yang nak keluar ni?"
Tengok jam dah pukul 9.00 am .Tepat.Kenape lecturer ni tak suruh jawab lagi.Tengok kat slip exam,memang pukul 9.00am.adoiyai.lem betol la.tak sabar dah ni nak jawab.Padahal takot lupe.Ye lah,subjek yang sepatutnya di teleaah untuk satu sem,ditibai untuk satu malam.Mana taknya.Full uploaded otak saya belah kiri.-,-.Okay membebel punya membebel,okay"Kamu boleh mula menjawab sekarang".apalagi.pecut.eh tak tak.baca doa dulu.Amin.
Okay.bukak jek soalan.Mak aih.nampak macam senag.Dalam hati,sambil jawab.Apesal lah soalan senang sangat.Jangan bongkak.Nanti kau tengoklah.soalan susah dia bagi.That it.Tengok soalan lain.Pergh.susah kot.Takpe.jawab jek selagi mana yang boleh.Tehee.sampai tak cukup yals kertas nak jawab.HEWHEW.Tak sedar rupanya dah pukul 11.Exam hari tu sepatutnya habes 12.10pm.
Punya panjang i membebel.sebenarnya nak cerita yang ini lah.Tengah dok kusyuk tekan-tekan kalkulator,tiba-tiba dengar bunyyik kalkulator jatuh.Dah la belakang i.Okay biarlah dia.Pastu dengar gedegang gedegung.i pun cuak ar.Siapa pulak mengamuk tengah-tengah exam ni?Kot ya pun soalan susah,jangan la lepas geram kat sini.Tapi ini bukan mengamuk ya puan-puan.Ini lebih dasyat dari mengamuk.Sawan.Ya sawan.First time i tengok orang kena sawan.I tengok dia lama jugak lah sampai dia terbaring terkaku atas lantai.
I perasan budak cina yang jawab exam sebelah dia buat tak hendah jek,sibuk dok jawab exam.I pun terus panadang depan jawab semula soalan yang terbekanglai tadi.Sementara tu curi-curi tengok juagak la budak yang kena sawan tadi.Dia dah okay dah sampai ada seorang perempuan tua bawa dia keluar dari dewan exam.Okay perasaan yang membuak buak yang membawakkan aku ingin tahu pasal sawan ini telah membuatkan aku googlekan sawan itu.Ewww.ape aku cakap ni.sigh.
i rasa sawan yang budak itu terkena ialah sawan menyeluruh atau orang panggil ia sawan tonik klonik.Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa.Betol la tu.Apa yang i tengok sebijik sejibik.Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.Oh yang ini tidak.Tak nampak la pulak mulut dia berbuih-buih.
Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku. Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.Haaaa.yang ni pun i tengok."ish dia ni,nak menyampuk jek"i perasan kan,time dia dah sedar tu,dia macam tanya kat lecturer dia kat mana ni?"HAHA.Lecturer pun jawab"awak tengah jawab exam tadi,awak terkena sawan lalu rebah"yang tu kot ayat lecturer tu pada student itu.
So kat sini adalah beberapa tips kalau ade berdekatan dengan you all terkena sawan amik langkah-langkah ini ya.Selamat mencuba.HIHI[gelak jahat seh ekau-,-]
arghhhhhh.-,-
1.Jangan panik ye.
2.Jangan jadi jakun.Maksudnya disini,bila ada orang kena sawan sibuk nak kerumun orang itu.
3.Tangglkan cermin mata.Longgarkan pakaian.
4.Jangan letak apa-apa objek dalam mulut sikene sawan itu.Selalu i dengar kalau kena sawan mesti nak letak sudu la,besi la dalam mulut pesakit.Lidah tak akan terputus dan mustahil ia akan putus sebab lidah adalah organ yang kuat dan mudah sembuh.
5.Temani sikena sawan sampai dia betul-betul sedar dan sembuh
end~
No comments:
Post a Comment