Assalamualaikum.
Negara Thailand. Ya, Thailand ialah negara kedua yang aku pergi selepas Hong Kong. Alhamdullilah. Di usia yang muda ,dapat travel ke negara orang. Yang pasti Malaysia tetap di hati. Cewah!
Before nak pergi Thai, aku dengan kawan aku gegeh belajar bahasa Thai ni.Kononnya, barang kat sana murah-murah ,tapi kalau foreigner dia bagi kaw kaw nye mahal. Hampeh. Pernah malam tu nak pergi shopping, setiap kali nak tanya harga aku akan tanya macam ni .
"Miss how much?" Sambil tunjukan dress yang aku nak tu. Die tekan kalkulator die amboi mak kaw, mahal bebeno. Kat hanger tunjuk harga lain, kat kalkulator harga lain. Blah la pi kedai lain. Semua macam tu. Last-last aku dengan kawan aku buat kesimpulan, maybe sebab cakap English kot die bagi harga tinggi. So next kedai kitorang diam je, biar dia yang cakap. Orang tu pun cakap-cakaplah bahasa Thai dengan kitorang. Maybe dia kata macam ni kot " Dik, belilah Dik, murah jek" Haha aku tak tahan nak gelak, sebab aku tak faham.. Adehh. Last2 beli jeklah mana yang rasa berkenan. Tapi orang Thai ni, yang baik ade lah, tapi kebanyakkan yang aku jumpe sombong. Opssss!
So sekarang ,kami on the way ke NORA PLAZA. Kononnya, barangan kulit kat situ murah and kami di beri diskaun 20%! Dalam perjalanan sempat la aku snap beberapa pictures yang bagi aku menarik.
Ini nama tempat ni aku tak ingat. Boleh tak caption macam tu?
Im not sure, lorry ni bawak barang ape, tapi kalau tengok gambar kat lori tu, da tahu kot dia jual apa.HAHAHA!
McDonald's di Thailand! Tapi dont worry ,aku tak makan fast food di negara orang.Kalau korang perasan serabut kan wayar-wayar kat atas tu?
Meh aku tunjuk lagi dekat. Errr double S betul! Serabut & Seram!
Okay, now kita dah sampai Nora Plaza! Lets go!
Berhadapan Kedai Nora Plaza.
Dah puas ronda-ronda dekat Nora Plaza, kami singgah ke mana pulak ea, kedai kacang kot.Aku da lupe la nok. Takde gambar pon, so aku cerite tempat yang aku ada gambar jek la okay.Hehe.
Okay now aku nak bawak korang bersiar-siar di sekita Cable Car Hatyai City. Ohhh kite dah sampai Hatyai! Orang Thai panggil Hat Jai. Hehe.
Da macam orang Thai daaa.
Okay setakat tu jek la,banyak lagi malas nak upload.Hehe.Tahu jekla,okay dah penat berjalan di bawah mentari yang sungguh terik, perut pun dah rase lapar. Kami sempat singgah di salah sebuah restoran yang aku pun tak tahu nama apa.Malas nak explore lebih-lebih. Aku macam tak selera sangat nak makan makanan kat Siam ni. Aku amik nasi putih, ikan masak pedas, kuah sikit.All 50 Bath. Sorrry pic takdo.
After makan sempat jalan-jalan di sekitar kedai.
Erm menyelerakan huh?
Now kite nak pergi pantai pulak u all. No wonder balik Mesia hitam, pergi pantai tengah hari buta.HAHA!
SAMILA BEACH, SONGKHLA THAILAND.
Antara cendera hati yang murah-murah ada di jual disini. Actually banyak lagi,contohnya keychai, frame T-shirt, and macam-macam lagi boleh dapat dengan harga yang murah. Boleh lah dijadikan sebagai kenang-kenagan untuk diri sendiri dan juga kawan!
Okay now, apa yang so special about the beach ! Kalau kat Mesia pon ada pantai kan. Tapi pantai kat sini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku maleh nak cerite, korang baca sendiri yek!
Haha, tak boleh baca ea? Kalau nak tahu tanye jekla Pakcik Google keyh. Eh, aku nampak Songkhla la die tulis kt situ.Means kite dah sampai Songkhla la ni ye. Hehehe.
Walaupun panas, gegeh jugak nak bergambar dengan tugu duyung.Hehe.
Puas hati dapat bergambor yek! Haih.
Next destination ialah Chang Puak Camp! Tempat naik gajah. Budak laki nak sangat naik gajah. 500 Bath , untuk 30 minit. Tak mo lah. Yang ni , aku naik kat Kuala Gandah pon boleh.Heheeee. Kat situ ada la kedai-kedai so sempat la snap beberapa gambar.
Gelang ni, 3 120 Bath tak silap aku. Smart Gilos!
Nak balik dah, marilah menuju ke market terapung. Aku pun tatao la apa nama specific die. Haha. Fail betul nak jadi tourist guide!
Masa on the way tu, ternampak Tesco Lotus! HAHAHA. Kalau kat Malaysia Tesco Extra kan. Cool huh?
Yeay. Dah sampai. Korang nak order apa? Cepat. Makanan kat sini, boleh lah tahan, bau die sedap. But aku still tak lalu nak makan. Why huh? Tapi lepas jalan-jalan kat situ,pusing-pusing kat sana, masa nak balik dah ,lapar la jugak,so sempat la makan bihun tom yam die. Erm sedap jugak!
Nice huh. Perempuan yang menjual kat situ kebanyakan nye pakai make up tebal-tebal, and topi cantik-cantik ada bunga. So kite hanya duduk kat tepi tu and order,diorang akan masak atas sampan. Erm, camne tetibe ade buaya kan lalu kat bawah tu.. HAHAHA, amboi tahap imaginasiku !
Sementara tunggu orang tu buatkan bihun tom yam untuk kitorang. Ermmm sedappp! Makan depan tauke tu jek.Keh keh keh.
Lepas makan harus lah order air. You know what, bila nak order air,diorang akan tuangkan dalam mende alah ni and kite boleh minum gune design yang kite nak and menda alah ni (tatao nama) boleh di jadikan kenangan lepas minum! Only 20 bath-30 bath! Murah kan, dapat minum + souvenir!
Hehe. Macam cool jek kan. Rase nak beli jek.Padahal dah ada AX atas kepala.Haiyo.
HAAA.Ni mesti korang geli nak tengok kan??Aku pun geli gak.First time in my life tengok .Selalu ada jugak orang cakap-cakap, Tengok kat TV, ni aku tengok in real life.Whoaaa. Tapi aku snap, tunjuk tangan jek, tak negok betul-betul pon.Geli! Yarks!
Siap letak lada kering goreng lagi! EEEEyuuuuuu.
Okay time untuk balik. Siap-siap balik sembahyang mandi check in hotel apa semua. Malam nak jalan lagi.
Malam tak banyak sangat snap pic. Takdo maso la katakan.Time to shopping. Memang murah gilo-gilo! Tapi tulah, bile foreigner, habis markup gilo-gilo!.
Ada gambar masa nak balik jeklah. Naik tuk tuk.Waaaa..Cool gilo.Bagi orang Thai agaknye rase dah menyampah naik tuk-tuk ni. Bagi kami,waaaaa jakunnyeeee,,bestnyeee,,sejuknya angin.Hahahaha.
Muke jakun sorang-sorang.Hehe.Noi takde sebab dia duduk depan.Heheee.
Aku n Ria. Kite due lah shopping sakan. Semua kedai nak pergi kalau boleh. Ria la lawak shopping sampai habes duit. Duit cukup nak beli air mineral jek.Hahaha.
Tunggu next entry ye, Trip to Thalaind Part 2! Next day pulak.Hehe.
Good Night! Tata (N).