Followers

Wednesday, December 29, 2010

pada suatu hari...

okay.hye.assalamualaikum,lame dah tak manjakan diri kat sini.Nak tahu tak apa jadi semalam?

okay,macam ni,pada suatu hari......
sedang saya syiok main game nie.....

 saya memang dah tak peduli dah siapa yang buzz kat ym ke,nak chatting through IM ke,sorry ye,maafkanlah saya,hehe.saya seperti bf saya,memang gila game.+_+

okay,nak dijadikan cerita,adalah seorang hamba Allah ni.,die bagi salam kat chat room fb,
Abu(bukan nama sebenar):assalamualaikum,tak jawab dosa.

Aku yang tengah syok2 main game,tetiba dapat mesej die.,time tu kebetulan nak pergi bukak menda lain,baca la apa yang dia tulis,saya pun jawab....
Aku:salam.

pastu boleh pulak sound aku,pakai mazhab mana ni jawab waalaikumusalam ,,"salam jek"
WHAT??

Lagi dia kata...

biar muka tak cantik,tapi bla bla bla bla.HAIH.dah aa aku memang tak layan orang tak kenal yang nak chat.,tetibe bile aku layan,nak ceramah ceramah pulak..

hehe..

APA SUSAH?

Block aje THIS PERSON:)

Sorry to say,i memang macam ni.bye!


Sunday, December 26, 2010

will say good bye to 2010 soon.

tinggal lagi beberapa hari lagi manusia yang tinggal di muka bumi ini akan menyambut tahun baru,tahun 2011.Saya seperti tahun-tahun lepas ,kalau bila dah new year jek,ada la yang rajin sangat nak ajak saya pergi sambut new year.jum pergi Genting Highlands la,pergi layan konsert la ape la.Tapi semuanya hampa,sebab ibu saya tidak akan benarkan walaupun penat dah pujuk.Bila tanya emak,emak suruh tanya abah,bila tanya abah,abh suruh tanya emak.Last-last sambut new year dalam rumah,tengok tv+_+.Tapi tahun lepas saya sambut new year dekat Hong Kong babe.Tanpa ditemani ibu bapa.Bajet kau hebat sangat,padahal pergi Hong Kong dengan kawan-kawan universiti yang lain-_-

                                                                      
 Banyak sangat kenangan manis dan pahit yang mewarnai tahun 2010 saya.Macam-macam jenis orang saya kenal.Kenangan pahit yang tak boleh dilupakan ialah rahasia.HAHA.tak boleh bagitahu sebab manalah tahu kang emak baca belog ni tak pasal.hehe.bukan curi duit emaklah.tapi adalah.Kawan-kawan rapat saya semua tahu cerita ini.
Kenangan manis pulak banyak.Kenangan dengan Vima Jamal Bin Abdul Samad adalah kesemuanya kenangan manis saya.Dari die berambut  panjang,sampai lah dia botak sekarang,saya masih anggap dia adalah orang yang paling saya sayang selepas family saya.
          



 hye.umur saya 18 tahun:)

okay.sekarang patut sedar.umur saya dah 20 tahun.


masa berlalu.....

sis,u simpan lagi tak gambar nie?sebelum rambut kita ketak-ketak?hihihi 

 80-an.

selalunya,kalau nak masuk tahun baru jek,sibuklah dok tanya apa azam kau tahun ini.Jarang saya menetapkan satu target ke ape ke sebab saya suka buat ikut kata hati.Jadi saya tak ada list untuk azam tahun ini samaada nak tanda pangkah ataupun right mana-mana wish yang dah setel.-_-



apa-apa pun bagitahu dulu Selamat Hari Natal untuk kawan-kawan kite yang menyambutnya:)



Wednesday, December 22, 2010

Happy birthday EE!

HAPPY BIRTHDAY EE.OKAY HARI INI I TAK AKAN TULIS MENAIP UNTUK ENTRI INI.SEMPENA BIRTHDAY DIA , BAGI LAH DIA TULIS APA YANG DI IMPIKAN .NANTI DAH BESAR BOLEH TENGOK BALIK.KALAU TULIS DALAM DIARI KE APE KE,MUNGKIN AKAN HILANG.HEHE.OK ,AND LASTLY,I WILL NOT UPDATE TILL THIS FRIDAY.IM OFF TO PAHANG.SEE YA(N)

EE NAK BILA EE BESAR EE NAK JADI SEORANG DOKTOR YANG TERKENAL DAN EE NAK SEKELUARGA EE NI BERBAHAGIA UNTUK SELAMA_LAMANYA DAN EE NAK APE YANG MEREKA IMPIKAN SELAMA NI AKAN TERMAKBUL DAN EE BELUM TIUP KEK LAGI SEKARANG KEK ITU ADA KAT PETI SEJUK SEKEJAP LAGI EE AKAN TIUP KEK DENGAN DIRA. OK MALAM NI EE SEKELUARGA NAK BALIK KAMPUNG DEKAT PAHANG SEKARANG AO DAN DIRA TENGAH MAIN DAN SAFFIK PULAK TENGAH BERSIAP UNTUK BERTOLAK NANTI DAN DAKPON PULAK TENGAH MANDI  DAN ABAH TENGAH TENGOK TIVI DAN EMAK PULAK TENGAH KEMAS BARANG . MALAM NANTI NAK MAKAN DEKAT TAPAH ITU SAJALAH YANG EE NAK CAKAP.BYE!

Monday, December 20, 2010

oh apakah??

lepas i cakap i addict kat torn city,it seems like im addict to CityVille la plak:)
dont blame me+__+

KETAGIHAN TORN CITY.

siapa kat sini yang pernah main torn city?Ape itu torn city,okay torn city ni adalah sejenis game.I dah lama berkecimpung dalam dunia game ni.Memang addicted gila lah kat game ni.Dari zaman matrik lagi main game ni,tapi dulu i main guna hand phone sebab dulu kan guna opera mini free.Tunggu bus main game ni,tunggu lecture main game ni,pergi dating pun main game ni.Tapi nasib Vima tak kisah sebab dia yang start dulu.Dia yang ajar i main game ni.Sesiapa yang ingin merasai nikmat nya dunia game ni,daftar lah di sini,www.torncity.com.

Tapi sebelum itu kenalah daftar dulu:)
So,bila dah daftar boleh la main game macam biasa.Game ini,semakin banyak crimes yang dilakukan semakin kuat la kita,so tak ada orang yang boleh hospitalized kite ke,,attack kita ke.Game ni pun ada kawin cerai dia.Siapa dapat kawin dengan orang kaya yang duduk kat private island,untunglah dia sebab boleh naikkan happy.


as u see,bentuk home account anda akan jadi seperti di atas,mari i bawa pergi rumah i dulu.Ingat lagi mula-mula main game ni,i duduk kat pondok buruk je.


haa,pondok ni la yang mula-mula,i tinggal.HAHA.dalam game jek la.Tengok happiness pun 100 jek.Tapi,nasib menyebelahi i bila ada orang datang melamar.Ececeh.Dapat la duduk rumah besar macam ni.
bagi pemain tegar game ni,rumah ni tak ada la hebat sangat macam private island or palace korang,tapi rumah ni i beli sendiri,guna duit jenayah yang i buat.ekeke.
Sekarang i dah bercita-cita nak kawen dengan Vima(dalam game) sebab dia ada palace.So boleh gain happiness banyak-banyak.i pun seperti kacang lupakan kulit,divorce la dengan suami i yang dah 600 hari kitrang kawen tu.hehe.

Dalam game ni ade macam-macam,mula-mula kite buat crimes sebab nak kumpul duit.Tapi nak kumpul duit dengan buat crimes jek tak cukup,so dalam game ni ade casino,nak main poker ke,blackjack k semua ade.i ni kire kaki judi la,setakat ni dah loss hampir 5 million hasil titik peluh i jual ubat (morphine)sebab i kerja kat bahagian medical.


 antara pencapaian setelah bermacam-macam crimes yang dah dilakukan.Masuk jail jangan cakaplah.dah berapa rtus kali dah.Setakat ni,aku dah ada 19,4 enemies. 
 sure korang tak nampak pun kan.i just tunjuk jek,kat atas ni la senarai black list yang ada dalam account i,dengan harapan,bila i dah kuat nanti boleh la attack diorang balik,sebab dulu kan noob,sikit-sikit kene hospitalized..dah kene masuk hospital.kalau masuk hospital dah takleh nak buat jenayah-__-
 so jangan ingat main game tak perlu baca surat khabar,dalam game torn city ni pun kita kena baca surat khabar sebab nak tahu isu-isu semasa.Nak cari kerja ke,nak main saham ke,macam-macam.Pokoknya,apa yang kita nak buat sure dapat asalkan ada ongkosnya:D

Rasanya kalau terang panjang lebar pun tak guna.You should try by yourself ok.Baru lah boleh jadi addict gila dengan menatang ni.


okay,boleh like jugak like facebook torncity tu kat sini.See ya(N)



Sunday, December 19, 2010

cuti semester haruslah pergi ...berjalan hari-hari


haha.okay.saya memang suka update tengah-tengah malam.cuba teka sebab apa?sebabnya dah tak ada gangguan.adik-adik dah tak payah nak bisik kat telinga "dik pun,nak pinjam laptop,nak main game".okay,hari ini saya buat apa?okay hari ini sebenarnya nak pergi Sua rasa kat Queensbay.Memang pergi pun.But seriously doe,damn bored!So i pun ajak mereka sekeluarga(family sayalah) masuk dalam Queensbay mall,window shopping.Actually tk ada apa pun yang menarik kat situ,tapi siapa-siapa yang minat shopping tu boleh la,sebab sekarang banyak sale.Tapi kalau minat sahaja tak cukup ya ibu-ibu,bapak-bapak,poket mestila tak kering -___-.


okay,yang jadi barbie ni adik i,nama dia erra nadira zulaikha .

Okay,as u see the picture above,siapa-siapa yang ada adik-adik comel lote gitu,bawa lah diorang datang sini.i mean datang Queensbay la.Mesti diorang suka kot.hehe.Macam-macam event and contest ade. Dress Like Barbie Photo Contest,Colouring contest etc.Hadiah cash money ok.Korang usha la sendiri k:).I memang suka menda-menda macam ni,tapi umur dah tua.Dah 20 tahun dah+__+


bersama ibu tercinta dan cousin
 entri kali ini jugak i nak mencapab*banyak la gambar i nak upload kat sini sebab i perasan.HAHAH.apa?mencapub tak tahu?men cari publisiti.hehe.lebih kurang la.-_-



okaylah,boring-boring syial.nak buat part time ada ker orang nak amik kerja?ekeke.tunggu esok pulak k,i nak buat apa ya esok?

 okay,maaflah muka buruk.time to sleep.yeeeee:))

Saturday, December 18, 2010

berparty bersama keluarga yo!


Oh hye.Happy Saturday yo.Ape yang you all buat hari ini yo?.Siapa pergi Penang Beach Carnival 2010 hari ini yo?i pergi yo!hehe.Actually pergi pun sebab nak sokong adik lelaki i,EE sebab dia join competition sailing ini.Mari kite terjah yo! +_+
  lol.bored.jam.damn!



 gambar-gambar di atas excited terlebih sebab duduk lama dalam kereta.pening-pening sebab jalan jam.-,-
 excuse me,this is my cousin,syawal name die.da ade girlfriend dah pun.hehe


Baca paper dulu,ekeke.kanak-kanak semua dah pergi mandi-manda time ni:)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana ialah seperti sailing,sand castle competition,kapal naga ape ntah,HAHA,apelagi ya,bola tampar pantai etc. Crew ERA pun ade tao.+_+




 crew ERA pakai baju sekolah.lol.






 nampak tak kanak-kanak ni tengah lambai-lambai tangan.sebab adik lelaki i dah balik la.tu perahu layar die.setelah beberapa jam duduk di tengah laut tu.+_+



i am very proud of you,ee <3


okay.sebelum pulang.snap dulu last pic sebab bateri kamera dah empty.

okay.entri kali ini banyak gambar jek yo.enjoy yo:)oh sebelum itu,tahniah buat ee yang dapat no 5 in sailing competition tu.hehe.okay.tata+_+


:)

Pages